Thursday 6 March 2014

Keutamaan Sifat Dermawan

Apabila harta tidak dimiliki, sebaiknya seseorang itu menghadapinya dengan sifat qana'ah iaitu merasa cukup dengan apa yang ada. Akan tetapi, jika ia memiliki harta, maka hendaklah dia bersikap toleran, dermawan dan menjauhi sifat bakhil.
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sifat dermawan yang dimiliki seorang muslim laksana sebatang pohon daripada pohon-pohon syurga yang ranting-rantingnya menjulur ke tanah. Sesiapa mengambil sepotong ranting tersebut (menjadi sebahagian daripadanya), ranting itu akan memasukkannya ke dalam syurga. Sedangkan sifat bakhil itu laksana sebatang pohon di neraka. Sesiapa bersifat bakhil, ia memegang ranting pohon tersebut dan tidak mahu meninggalkannya sebelum ia dimasukkan ke dalam neraka."
Firman Allah: "Sesungguhnya islam adalah agama yang Aku redai dan tidak akan memperbaikinya kecuali sifat dermawan serta akhlak yang mulia. Maka, muliakanlah agama ini dengan keduanya selama kamu bersahabat dengannya
Malah, Rasulullah menegaskan bahawa Allah tidak memberi karakter kepada seorang wali, kecuali dengan sifat dermawan dan akhlak yang mulia.
Diriwayatkan daripada Jabir r.a., beliau berkata pernah ditanyakan kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, keimanan seperti apa yang paling utama?" Baginda menjawab: "Keimanan diiringi dengan sikap sabar dan dermawan" Sesungguhnya peringkat dermawan yang paling tinggi ialah mengutamakan kepentingan orang lain pada saat dirinya sendiri sedang memerlukannya.
Lantaran itu, kerana sifat ini, Allah SWT menyanjung para sahabat nabi daripada kelompok Ansar melalui firmanNya mdalam surah Al-Hasyr, ayat 9 yang bermaksud: "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan
"

No comments:

Post a Comment