Monday 16 April 2012

Perbezaan Halal Haram Ikan Keli.

Perbezaan ikan keli adalah melalui bahan makanan yang haram atau yang halal:

Ciri ikan keli yang haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Ciri ikan keli yang halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup
-copied-

2 comments:

  1. okay baru aku tau,,rupanya ikan keli ada yg tak boleh makan ek. selama ni aku bedal jek weh

    ReplyDelete
  2. same lah, aku pun main bedal je. hahaha :D

    ReplyDelete