Tuesday 17 June 2014

Mas Kahwin Menurut Pandangan Islam

Perkara yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah ringan mas kahwinnya.

Hendaklah maskahwin si isteri tidak memberatkan kerana memang dilarang oleh agama untuk memahal-mahalkan maskahwin. Setengah para sahabat berkahwin dengan maskahwinnya emas seberat biji kurma yang dianggarkan berharga tidak lebih dari dari lima dirham.

Said Ibnul-Musaiyab mengahwinkan puterinya kepada Abu Hurairah r.a dengan maskahwinnya sebanyak dua dirham saja, kemudian dia pun menghantarkan puterinya itu kepada Abu Hurairah pada malam itu juga dan setelah diserahkannya di rumah Abu Hurairah lalu dia kembali, Said tidak kembali lagi ke rumah Abu Hurairah itu melainkan setelah berlalu tujuh hari untuk bertanyakan khabar saja.

Ada sebuah Hadis yang mengatakan bahawa antara keberkahan seorang wanita ialah melekaskan perkahwinannnya sehingga ia dapat melahirkan anak dan ringan pula maskahwinnya.

Sebagaimana makruh hukumnya memahalkan maskahwin wanita ke atas lelaki, demikian pula makruh hukumnya bertanyakan harta kekayaan wanita oleh lelaki. Tidak sewajarnyalah bagi lelaki untuk menikahi seorang wanita, kerana tamak pada harta kekayaannya semata-mata. Jika lelaki memberikan hadiah kepada keluarga si wanita, maka janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita dengan hadiah-hadiah yang lebih banyak lagi.

Demikianlah pula halnya dengan pihak wanita, kerana niat menginginkan balasan adalah suatu niat yang tidak baik. Semoga perkahwinan diberkati dan diredhai semua pihak.

Sunday 8 June 2014

Tanda Hidup Tak Berkat

Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat. Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat?

Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:
1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja tapi tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa'at.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan.
Salam Ukhuwah..~

Wednesday 7 May 2014

Rahsia Penyakit Melalui Jari

Pernahkah terfikir bagaimana cara paling mudah mengesan kehadiran penyakit untuk keseluruhan anggota badan? jari kita mampu bongkarkan rahsianya. 5 jari yang terdiri jari telunjuk, jari tengah, jari manis, jari kelingking dan ibu jari mmpunyai bhg tersendiri:
i.   Jari telunjuk    : usus
ii.  Jari tengah      : Jantung
iii. Jari Manis       : Imuniti 
iv. Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
  • Jika ruas jari kehitaman itu maknanya badan kita dipenuhi dengan racun dan toksik. perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
  • Tapak tangan berbintik bmakna masalah angin. 
  • Tapak tangan yang berpeluh atau lembab, ia menunjukkan bahawa badan mudah diserang sel2 kanser.
  • Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2. Sekiranya, perut ibu jari kelihatan urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.
  • Urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.
  • Bagi wanita, struktur jari kelingking memperlihatkan sistem dalaman mereka, kalau jari kelihatan meruncing atau bengkok, maknanya haid tidak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim jatuh.
  • Bagi wanita lagi, jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap kuku jari. Ia bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang berlainan sekiranya mempunyai bulan sabit yang berwarna putih pada ibu jari sahaja, ia menandakan anda seorang yang sihat. insyAallah.
Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang. 

Moga kalian bijak menjaga kesihatan, sesungguhnya kesihatan tubuh badan adalah suatu anugerah yang tidak ternilai daripadaNya. 

Thursday 6 March 2014

Keutamaan Sifat Dermawan

Apabila harta tidak dimiliki, sebaiknya seseorang itu menghadapinya dengan sifat qana'ah iaitu merasa cukup dengan apa yang ada. Akan tetapi, jika ia memiliki harta, maka hendaklah dia bersikap toleran, dermawan dan menjauhi sifat bakhil.
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sifat dermawan yang dimiliki seorang muslim laksana sebatang pohon daripada pohon-pohon syurga yang ranting-rantingnya menjulur ke tanah. Sesiapa mengambil sepotong ranting tersebut (menjadi sebahagian daripadanya), ranting itu akan memasukkannya ke dalam syurga. Sedangkan sifat bakhil itu laksana sebatang pohon di neraka. Sesiapa bersifat bakhil, ia memegang ranting pohon tersebut dan tidak mahu meninggalkannya sebelum ia dimasukkan ke dalam neraka."
Firman Allah: "Sesungguhnya islam adalah agama yang Aku redai dan tidak akan memperbaikinya kecuali sifat dermawan serta akhlak yang mulia. Maka, muliakanlah agama ini dengan keduanya selama kamu bersahabat dengannya
Malah, Rasulullah menegaskan bahawa Allah tidak memberi karakter kepada seorang wali, kecuali dengan sifat dermawan dan akhlak yang mulia.
Diriwayatkan daripada Jabir r.a., beliau berkata pernah ditanyakan kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, keimanan seperti apa yang paling utama?" Baginda menjawab: "Keimanan diiringi dengan sikap sabar dan dermawan" Sesungguhnya peringkat dermawan yang paling tinggi ialah mengutamakan kepentingan orang lain pada saat dirinya sendiri sedang memerlukannya.
Lantaran itu, kerana sifat ini, Allah SWT menyanjung para sahabat nabi daripada kelompok Ansar melalui firmanNya mdalam surah Al-Hasyr, ayat 9 yang bermaksud: "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan
"