Sunday 6 January 2013

4Jenis Lelaki Yg Ditarik Perempuan Ke Neraka

‎Di akhirat, wanita akan menarik 4 jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sbgnya dan membiarkan mereka tidak menutup aurat, maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya walaupun telah memberi kemewahan dunia.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya spt bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing. hal ini kerana kita sendiri mampu lihat betapa hebatnya tarikan seorang wanita mahupun di dunia dan di akhirat kelak. Ketahuilah anda bahawa harga seorang muslim adalah tidak ternilai. ALLAH SWT nilaikan seorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah syhadah dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam

No comments:

Post a Comment