Monday 7 January 2013

3 Sebab Wanita Untuk Berpurdah

Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat. Dalam keadaan ini wajib untuk perempuan tersebut berpurdah untuk mengelak dirinya di fitnah dan sbgnya.

Kedua, diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik atau mempunyai kecacatan pada wajahnya seperti parut sehingga dia menjadi bahan ejekan, cacian dan hinaan orang ramai. Oleh sebab itu dia mahu menutup keaiban dirinya supaya dapat mengelak org ramai dari melakukan dosa berterusan atas tindakan mereka yg mengejek dan menghina perempuan tersebut.

Yang ketiga, berpurdah bagi seseorang wanita yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya. Ini juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi dan amat digalakkan dalam islam.

No comments:

Post a Comment