Thursday 27 December 2012

Kasyaf dan Jenisnya

Kasyaf: Ilmu Islam yg dilupakan

Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidraj kepada mereka.

Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:

1) Kasyaf Mata
Mata dpt melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yg seni atau boleh disebutkan sbg alam di luar kebendaan. Di sini, mata dpt melihat perkara2 ghaib spt malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yg menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nmpk apa yg sdg berlaku pd tentera-tenteranya. Karamah spt ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.

2) Kasyaf Telinga
Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda2 yg ghaib. Mendengar suara ttpi tidak nmpk lembaganya sama ada dari jin yg soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya mmbawa berita gembira, adakalanya yg negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yg mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.

3) Kasyaf Mulut
Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sbgnya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah spt ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.

4) Kasyaf Akal
Mendapat ilmu yang seni2 yg Allah kurniakan pd seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat org yg hendak dpt ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.

5) Kasyaf Hati
Dinamakan juga firasat. Kasyaf tertinggi drpd kasyaf2 yg telah disebutkan. Biasanya dikurniakan kpd pemimpin. Itupun tidak byk kerana Allah kurniakan hanya kpd pemimpin2 yg sgt soleh, yg sgt sabar menanggung ujian yg begitu berat ditimpakan kpd mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yg tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yg seni2 yg kadang2 kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.

Demikianlah yang dapat diceritakan tentang kasyaf. Moga-moga kita mendapat manfaatnya.

No comments:

Post a Comment