Wednesday 11 April 2012

Tips Mengurangkan Gula



Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan ! Walaupun guna berguna untuk badan kita tetapi kita mesti ingat bahawa pengambilan gula yang berlebiihan juga mampu memberi banyak keburukan.


Keburukan Pengambilan gula yang Berlebihan:
- Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
- Merosakkan buah pinggang
- Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
- Menganggu imbangan galian dalam tubuh
- Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
- Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
- Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
- Meningkatkan paras trigliserid
- Penyebab perut berasid
- Melemahkan penglihatan
- Merosakkan gigi dan byk lagi.

Di sini terdapat sedikit tips untuk kita megurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian.
  • minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbohidrat atau air sirap dan kordial.
  • pilih atau sediakan kuih dan kek yang mengandungi rendah kandungan gula.
  • gantikan manisan sperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
  • kurangkan kekerapan pengambilan makanan yang bergula.
  • elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama ataupun sebelum tidur.
  • semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
  • hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis.
  • periksa kandungan gula dalam sesuatu minuman.
  • minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis semasa memesan minuman.
  • banyakkan pengambilan madu.
ini sahaja tips yang dapat saya kongsikan bersama, harap kita semua dapat menjalani kehidupan yang sihat dan jauh daripada segala penyakit insyaAllah ;)

No comments:

Post a Comment