Wednesday 11 April 2012

Pulanglah ke Pangkal Jalan

Ya, Allah ampunilah segala dosa kami. Jauhilah kami dari segala bencana ya Allah agar diri kita lebih insaf, jom hayati kata2 ini. Org yg melakukan maksiat, akan merasa miskin dlm kekayaannya, merasa sempit dalam kelapangannya dan merasa kesunyian dalam kesibukan walaupun dikelilingi org yg memuji dan memujanya. Dia kehilangan ketenangan dan ketenteraman hidup, hatinya gelisah, batinnya tersiksa, makanan yang dimakan, tidak terasa kelazatannya. Malah di mana sahaja ia berada, dia tidak dapat menikmati indahnya hidup ini. Oleh itu, jom kita bersihkan diri dari segala dosa. Byk istighfar mohon ampun kepada Allah, bergegar bumi baru sedikit kita dah takut. Bagaimana dengan segala goncangan pada hari Kiamat? Bagaimana pula dengan azab Allah pd yg bergelumang dgn dosa? Jom insafi diri. Jom jauhi maksiat. Jom byk ibadat. Ingatlah sahabat, ajal maut telah ditentukan oleh Allah SWT. Di mana sahaja kita lari pasti akan menemui ajal sekiranya telah sampai pada harinya. Di sebabkan kita tidak tahu betapa banyaknya dosa yang telah ada, telah membuatkan kita leka dengan azab api neraka yang bakal menghukum diri kita. Marilah bertaubat, marilah kita ajak rakan2 kita yang lain jauhi maksiat, marilah kita mula memperbanyakkan ibadat memandangkan kita adalah umat akhir zaman. renung2kan lah wahai sahabat semua dan sesungguhnya bencana yang diturunkan ke atas kita ini adalah ujian daripada Nya atas segala perbuatan keji kita, perbuatan berdosa kita. Subhanallah! Mudah-mudahan kita sempat menuju ke pangkal jalan sebelum ajal tiba.

No comments:

Post a Comment