Thursday 12 April 2012

Jodoh Dan Ajal Di Luh Mahfuz Allah SWT

“Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik, orang kate 'lelaki/perempuan yang baik adalah untuk perempuan/lelaki baik sahaja'. Dalam bulan Islam sendiri ada waktu mustajab doa yang dapat mengubah takdir hidup kita, contohnya waktu lailatul qadar, malam nisfu sya'ban dan waktu2 mustajab doa yang lain. Dengan adanya waktu yang mustajab ini, pandai2 lah untuk sentiasa berdoa dan jangan pernah putus meminta daripadanya. Percayalah pada qada' qadar Allah. Dia yang telah menciptakan kita dan Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Ramai yang sibuk mencari cinta untuk baitul muslim, tapi tahap pertama iaitu fardul muslim pun masih belum sempurna lagi. Kalau tapak tak kukuh, bagaimana agaknya binaan itu akan teguh?. Jika solat pun sering sahaja kita lengahkan, solat subuh selalu lewat, rasa malas nak buat sesuatu kerja, sikap amarah pun belum mampu kita kawal, bagaimana agaknya kita nak fikir tentang tahap kedua matlamat umum tarbiyyah (baitul muslim) itu?.” Tidak perlulah kita untuk sibuk mencari cinta yang kita sendiri tidak pasti akan berapa lama ia akan kekal. tetapi carilah cinta yang boleh membawa kita ke syurga. Bila ada masa yang sesuai akan datang juga yang di cari. Jangan risau! semuanya telah ditentukan oleh Allah.
Jika anda suka mana2 ayat dalam page ni.. Silalah copy, ataupun share..tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah..

2 comments:

  1. updated blog + lagu = mood sebak .... InsyaAllah ... pertemuan antara doa dan doa adalah yg terbaik...

    ReplyDelete