Friday 13 April 2012

Kelebihan Daun Pandan

Daun pandan sering digunakan dalam masakan, ia digunakan untuk perasa, pewarna dan menambahkan aroma yang wangi serta menyelerakan masakan tersebut. Selain hebat penggunaanya dalam menyediakan hidangan, pandan juga mempunyai kelebihan dalam mengubati beberapa penyakit, antaranya ;
  • Masalah lemah saraf juga dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun pandan. Caranya adalah dengan mengambil 3 helai daun pandan yang kemudiannya dipotong kecil-kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi tersisa sebanyak 2 gelas. Minumlah ramuan ini sebanyak 1 gelas pada waktu pagi dan malam.
  • Bagi mengatasi masalah angin dalam badan, ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. Rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari.
  • Daun pandan juga dikatakan mampu merawat perasaan gelisah. Caranya ialah dengan mengmbil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum dua atau tiga kali sehari.
  • Selain itu, daun pandan juga dikatakan mampu digunakan tujuan merawat penyakit demam campak, gonorrhea, sifilis, denggi dan anemia.  
Memandangkan pandan juga tidak kurang pentingnya dalam kehidupan seharian kita, lebihkanlah pengambilan makanan yang mengandungi ekstrak pandan seperti yang kita tahu digunakan dalam pembuatan  roti, kek, biskut dan kuih muih. Moga hidup bertambah sihat selepas ini, insyaAllah ;)

No comments:

Post a Comment