Friday 7 September 2012

Tips Ringkas Hadapi Exam

final exam cuma beberapa hari lagi, tp masih terikat dgn assigment, presentation dan projek yg tak siap2. fuhhh letih kalau mcm ni tiap2 sem. Mcm mana nak stay fokus dlm peperiksaan? mcm mana nak tersenarai dlm anugerah dekan? mcm mana nak atasi segalanya dlm minggu exam? kat sini ada sikit tips utk dikongsikan kpd anda semua iaitu tips menghadapi peperiksaan. 

1. Fistly, make sure kita dah kenal pasti tempat, tarikh dan waktu tiap2 paper (dptkan salinan jadual). pastikan berada di tempat exam 30min sebelum paper start. Uruskan pengangkutan yang sesuai. Sediakan pelan kecemasan. Ini kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku pada hari kejadian. Contohnya: tayar pancit, minyak habis, jammed, kenderaan rosak dan etc.

2. Bawa alat tulis dan maklumat diri (matrik kad) yang secukupnya. (atleast dua setiap satu). Make sure semua keperluan lengkap sehari sebelum exam mula. Mungkin perkara ini dianggap remeh, tetapi ia wajar diambil berat.

3. Basuh dan gosok pakaian terlebih dahulu, begitu juga kasut. Siapkan pakaian yang hendak dipakai pada hari berkenaan. Pakai pakaian yg selesa dan mngikut syarat sbg seorang pelajar. Ini dpt menghindarkan kita dr mula kusut kerana baru ingin tercari2 pakaian yg hendak dipakai.

4. Silalah bertanya kpd pengawas peperiksaan jika ada sebarang kemusykilan. Tugas mereka adalah utk mmbantu kelancaran peperiksaan termasuklah mengendalikan para calon. Klu murah rezeki, sometime ada pengawas yg siap bg jwpn lg pada mereka yg bertanya. So, jgnlah malu2.

5. Time management juga penting dlm exam, jgn ambil masa yg terlalu lama utk setiap soalan sbb masa yang diberikan adalah singkat. So, mula jwb soalan yg mudah terlebih dahulu, then baru cuba jwb soalan yg agak sukar.  Klu tak dpt manage masa dgn baik, mungkin akan ada soalan yg tak di jawab.

6. Keep focus dan cuba gunakan kaedah yang mudah dlm mnjawab persoalan. Gunakan formula yg diberikan sahaja. Buat pilihan terlebih dahulu dlm memilih soalan yg akan dijwb..

7. ‘Expect the unexpected’ yakni jangkakan perkara yang tidak dijangka. Tiada siapa tahu apa akan berlaku pada masa hari kejadian. Jgn pula kita mengampu kat paper tuh, ia akan menimbulkan pandangan negative drpd pemeriksa.

8. Jawab soalan sebaik mungkin, cuba elakkan dr bertanya kawan sebelah atau meniru org lain. jwb semua soalan yg dikehendaki seboleh2nya, dan tumpukan sepenuhnya kpd kertas soalan.

9. Tulis jawapan dgn tulisan yg cantik dan boleh difahami atau sedap mata penilai membacanya. Jika ada kesilapan, cuma padamkan dgn mmbuat garisan atasnya. Elakkan menggunakan ‘liquid paper’. Ia boleh merosakkan kertas jawapan calon.

10. Usah dihiraukan konotasi sebelum ini. Cuba dengan sedaya upaya dan berserah kpd Nya, atau bertawakal. 

btw all the best anda semua, ini sekadar perkongsian bersama mmandangkan kita semua dah dekat dgn final, kan?? harap tips ini dpt mmbantu kita sebaik-sebanyak utk final kelak. Siapa tahu barangkali rezeki kita kali ini, tersenarai dlm anugerah dekan, insyaAllah. doaakan sy utk pointer 3.0 and above okay, tq :)

No comments:

Post a Comment