Saturday 2 June 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan  (Surah An-Nur Ayat 31) Keterangan : Menampakkan kaki dan melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu. (Bersolek dan sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.)

7. Pakaian yang nipis (jarang) - Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Surah An Nur Ayat 31)

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Surah Al Ahzab Ayat 32.)

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Surah An Nur Ayat 31.)

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)

13. Rambut - Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. Rasulullah juga bersabda: sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. Sekadar perkongsian yang amat bermakna bagi semua kaum hawa di luar sana. Ingatlah kamu kepada seksaan di hari akhirat nanti. mudah-mudahan kita semua dikumpulkan di tempat orang-orang yang beriman, insyaAllah. renung-renungkan lah.

1 comment:

  1. yang pasal kening tu. cemane yang cukur sebab nak kawen jek? its still haram laa kan? sebab aku penah dgar org ckp mase kawen je takpe ..hmm..

    ReplyDelete