Tuesday 29 May 2012

Allah Akan Menghukum Kepada Siapa Yang Mengingkarinya

Di zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dimana seorg lelaki meninggal dunia & sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan bergerak-gerak, apabila mereka membuka kain kafan tersebut mereka melihat seekor ular sedang membelit mayat lelaki itu serta memakan & menghisap darahnya.

Lalu mereka cuba untuk menghalang dan mahu membunuh ular tersebut, maka ular itu berkata: Lailahaillah Muhammad Rasulullah, mengapakah kalian hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah, ALLAH s.w.t telah memerintahkan aku supaya menyeksanya sehingga hari Qiamat. Lalu para Sahabat bertanya: Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?

Berkata ular: Dia telah melakukan 3 kesalahan.
 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat berjemaah.
 2. Dia tidak mahu keluar zakat hartanya.
 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama’ malah membenci dan memusuhi mereka.

Jika kita lihat balik kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu sememangnya patut dihukum sebegitu. Ini adalah hukuman bagi mereka yang meninggalkan solat, tak menginfakkan harta ke jalan Allah (zakat) dan mengingkari para ulama'. Solat itu adalah tiang agama, jika kita tidak solat adakah agama kita akan kukuh utk masa yang agak lama? dan mengeluarkan zakat pula adalah satu kepastian bagi umat islam. Jika kita tidak mengeluarkan zakat adakah agama anda masih islam? tidak sama sekali!! Janganlah kita beragama islam hanya pada ic ataupun dokumen2 lain tetapi islam lah anda dgn sesungguhnya. Sesungguhnya Allah tahu gerak geri kita di muka bumi ini. renung2 kan dan semoga berjaya utk mengubah diri ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. share kepada sahabat2 yang lain dan semoga info ini bermanfaat kepada anda semua :)

No comments:

Post a Comment