Saturday 31 March 2012

Solat Cara Rasulullah S.A.W

Pelbagai jenis solat yang kita sedar ataupun tidak sedar berlaku di sekeliling kita. Ada yang mengangkat takbir, dan ada yang tidak. Ada yang suka mengerakkan kan jari ketika tahiyyat awal, dan ada yang tidak. Malah, ade yang buat sesuatu perkara yang kita tak pernah nampak dalam rukun solat. Ia bergantung kepada fahaman, pegangan dan ajaran masing-masing.

Solat adalah ibadah yang mesti dilaksanakan sepertimana diajar Nabi. Tidak boleh ada penambahan perlakuan dalam solat apa bentuk sekalipun, sama ada ucapan atau pergerakan.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud “Solatlah kamu seperti mana kamu nampak aku solat,” ertinya solat mestilah sama seperti mana solat Nabi. Menggerakkan jari telunjuk menulis nama Allah ketika membaca syahadah tidak pernah dilakukan Nabi, oleh itu tidak boleh melakukannya dalam solat atas apa tujuan pun.
Ada banyak cara yang diajar Nabi untuk mendapatkan khusyuk, antaranya: pemusatan pemikiran, menumpukan penglihatan serta tafahum iaitu pengertian mengenai solat.
Antara perlakuan makruh dalam solat ialah; meninggalkan perkara sunat dengan sengaja, menggerakkan anggota, memejamkan mata dan menoleh atau bergerak yang tidak perlu dalam solat.

No comments:

Post a Comment