Monday, 17 October 2011

kelebihan susu

Membekalkan kalsium secukupnya - Minum susu sebaliknya boleh menjadikan kita lebih langsing kerana untuk mendapat tulang kuat dan sihat, kita juga perlu bersenam sekurang-kurangnya berjalan cepat selama 20 hingga 30 minit sehari serta mengamalkan pemakanan seimbang. Individu dewasa memerlukan 1,000 hingga 1,200 miligram kalsium sehari dan minum susu yang diperkaya dengan mineral ini adalah cara paling mudah untuk mendapat bekalan kalsium harian.

Sumber protein - Satu pek yogurt rendah lemak contohnya mampu membekalkan satu pertiga daripada keperluan kalsium harian anda dan hampir 17 peratus protein. Dengan adanya protein, kita dapat membantu membina dan memperbaiki tisu -tisu badan. Hal ini bagus kepada sesiapa yang terasa untuk membina badan.

Vitamin D - Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium, malangnya ia sering dipinggirkan.Cara paling mudah ialah minum susu rendah lemak yang diperkaya dengan vitamin D. Ada kajian mendapati vitamin D juga boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.

Tingkatkan ketumpatan tulang - Kajian di Finland ke atas gadis remaja berusia 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan kaya kalsium (seperti keju) mempunyai ketumpatan tulang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil keju.

Tekanan darah - Kajian ke atas 5,000 orang dewasa di Sepanyol mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak (susu skim dan susu rendah lemak) dalam masa dua tahun kurang berisiko (54 peratus) mengalami tekanan darah tinggi.

Sindrom metabolik - Berdasarkan data diperoleh daripada 827 responden (lelaki dan wanita), penyelidik Iran merumuskan individu yang mengambil produk tenusu rendah lemak mempunyai ukuran pinggang lebih kecil dan kurang risiko alami sindron metabolik - iaitu sindrom yang mendekatkan kita dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Berat badan - minum susu bukan punca kegemukan atau pertambahan berat badan. Perkara ini dibuktikan penyelidik dari Universiti Alabama di Birmingham yang mendapati kalsium mampu mengawal berat badan.Pertambahan berat badan juga menjadi salah satu sebab ramai tidak suka minum susu. Kebimbangan wanita terhadap pertambahan berat badan menjadi antara alasan ramai tidak minum susu walaupun tahu kebaikannya.Ramai yang gemuk walaupun tidak minum susu. Gemuk bukan disebabkan susu, tetapi tabiat makan dan gaya hidup tidak aktif.

No comments:

Post a Comment