B'berapa hari lepas A telah ke rumah tukang jahit seorang kakak berbangsa
melayu. Dia telah menceritakan pengalamannya selama menjahit baju dan telah
berjumpa dgn ramai orang b'bagai bangsa. Suatu hari dia menerima panggilan
telepon dari seorg teman yg dah lebih kurang 8tahun tidak berjumpa.
Temannya itu ingin mengupahnya menjahit langsir di rumah kondominium-nya.
Seperti di janjikan tukang jahit tu pun pergi ke rumahnya, alangkah
terperanjatnya dia apabila melihat kawannya itu memakai salib (cross)
pada rantai lehernya. Lalu sebelum memulakan mengambil ukuran teman-nya
telah bercerita yang dia sudah pun menganut ugama kristian ( nauzubillah )
lebih kurang 10 tahun dan sudah pun berkahwin dgn org berbangsa Eropah.
Dia lakukan ini kerana ketika zaman remaja dia selalu di marahi oleh ibunya dan
setelah lari dari rumah dia diperkenalkan oleh seorg kawan pada ugama sesat itu.
Sehingga lah sekarang dia tak pernah lupa utk ke gereja pada hujung
minggu katanya dia telah jumpa cahaya kebenaran pada ugama itu, yang
aneh-nya suaminya pula xpernah ke gereja. Katanya lagi di gereja tiga
suku adalah org melayu. Yang lebih dashyat lagi yg ada itu di luar
pakai tudung hanya utk tutup salib mereka. Berhati2lah jgn sampai kita
terpedaya.
Terlalu banyak kejadian begini di sini sekarang, banyak2lah
bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan pengaruh ini. Mungkin
kemungkaran ini
membuat dunia semakin panas..............
No comments:
Post a Comment