Showing posts with label good heatlh. Show all posts
Showing posts with label good heatlh. Show all posts

Wednesday, 7 May 2014

Rahsia Penyakit Melalui Jari

Pernahkah terfikir bagaimana cara paling mudah mengesan kehadiran penyakit untuk keseluruhan anggota badan? jari kita mampu bongkarkan rahsianya. 5 jari yang terdiri jari telunjuk, jari tengah, jari manis, jari kelingking dan ibu jari mmpunyai bhg tersendiri:
i.   Jari telunjuk    : usus
ii.  Jari tengah      : Jantung
iii. Jari Manis       : Imuniti 
iv. Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
  • Jika ruas jari kehitaman itu maknanya badan kita dipenuhi dengan racun dan toksik. perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
  • Tapak tangan berbintik bmakna masalah angin. 
  • Tapak tangan yang berpeluh atau lembab, ia menunjukkan bahawa badan mudah diserang sel2 kanser.
  • Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2. Sekiranya, perut ibu jari kelihatan urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.
  • Urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.
  • Bagi wanita, struktur jari kelingking memperlihatkan sistem dalaman mereka, kalau jari kelihatan meruncing atau bengkok, maknanya haid tidak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim jatuh.
  • Bagi wanita lagi, jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap kuku jari. Ia bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang berlainan sekiranya mempunyai bulan sabit yang berwarna putih pada ibu jari sahaja, ia menandakan anda seorang yang sihat. insyAallah.
Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang. 

Moga kalian bijak menjaga kesihatan, sesungguhnya kesihatan tubuh badan adalah suatu anugerah yang tidak ternilai daripadaNya. 

Sunday, 23 February 2014

Bila Waktu Tepat Minum Air?

Air merupakan zat yang paling penting dalam kehidupan setelah udara. Sekitar 3/4 bhg dari tubuh kita terdiri dari air dan tidak seorangpun mampu bertahan hidup lebih dari 4-5 hari tanpanya. Selain digunakan utk keperluan harian, air juga digunakan untuk keperluan industry dan sbgnya. Penyakit2 yang menyerang manusia dapat juga ditularkan dan di­sebarkan melalui air.

Kebiasaan membawa botol air minum dalam perjalanan atau saat pergi ke mana pun mungkin belum menjadi kebiasaan bagi sbg masyarakat. Kebanyakan dari kita lebih gemar membeli sebotol minuman ringan berperisa berbanding air putih sejurus selepas terasa haus dalam perjalanan jarak jauh. Cairan penting dalam memelihara keseimbangan serta proses metabolisme tubuh. Seseorang itu akan mengalami gangguan atau dehidrasi apabila asupan cairan ke dalam tubuhnya tidak seimbang dengan pengeluaran terutamanya pada waktu panas.

Dalam pada masa yang sama, pengambilan air mestilah tepat pada waktunya. Kebiasaan minum pada waktu yang salah akan mengurangi kemampuan tubuh untuk menyerap zat2 makanan. Kajian asal di India menunjukkan, minum air pada waktu makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak berjalan dengan baik. Hal tersebut bercanggah dengan anggapan bahwa air mampu membantu makanan untuk turun ke usus. Kajian Shonali Sabherwal menjelaskan, air yang diminum sewaktu makan akan terserap pada dinding usus dimana ia sedang mengeluarkan hormon2 pencernaan yang melancarkan proses penyerapan makanan. "Air akan bercampur dengan hormon sehingga konsentrasi hormon pun berkurang dan tidak setara lagi dengan makanan yang masuk. Justeru makanan tidak dapat tercerna dengan sempurna," tuturnya.

Menurut Dr Inge Permadhi, ahli gizi dari Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia (FKUI), minum air idealnya dilakukan setiap jam. Dengan cara tersebut, tubuh tidak akan kekurangan cairan dalam suatu tempoh sebelum digantikan dengan cairan yang baru. Sementara pada waktu makan, menurutnya seseorang boleh minum sebelum atau sesudah makan dan menegaskan supaya jangan membiarkan tubuh anda dehidrasi. Dalam membekalkan cairan dalam badan, Inge juga menyarankan untuk memilih air putih sebagai minuman setelah makan. Ini karena air putih tidak mengandungi zat lain yang mengganggu penyerapan makanan. Air putih juga tidak mengandungi gula yang "membebani" asupan. Dan sebaiknya pilihlah minuman yang baik dan tak menimbulkan risiko bagi kesehatan.

Thursday, 20 February 2014

Cara Bunuh Nyamuk

Assalaamualaikum.
Memandangkan kes denggi makin hari makin meruncing dan semakin kritikal, laa ni ceq nak share sikit lah mcm mana kita nak pi bunuh nyamuk dgn cara tak payah pakai raket elektrik ka fogging ka ubat nyamuk yg dok pusing2 ka atau ubat nyamuk elektrik, tapi bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Hang try dulu na baru tau kesan dia, sama2 laa kita pakat pi bunuh nyamuk.

Bahan-bahan :
• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar



Langkah-langkah:
1. Potong botol plastik ditengah-tengah spt dalam gambar. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan
bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba.

Sunday, 1 December 2013

Tips Menjaga Buah Pinggang


Buah Pinggang adalah organ yang paling penting dalam menjalani kehidupan seharian untuk semua makhluk ciptaan Allah samaada manusia mahupun haiwan. Walaupun buah pinggang tidak nampak secara zahirnya cara ia membantu dalam menjalani kehidupan seharian kita berbanding kaki, tangan dan sebagainya akan tetapi ketidakfungsian kedua-dua buah pinggang boleh menyebabkan kematian. 

Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa. Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang. Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Sunday, 8 September 2013

Rahsia Garam


Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani (askar Greek) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka. Apabila dipenjarakan, mereka (penentang) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda
"Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam."

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
  • Penyakit Ghaut : timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut (tepi pantai) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
  • Jika tinggal di bandar : goreng 1 – 2 genggam garam kasar sehingga kekuningan kemudian tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
  • Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Jika sakit lelah tuam pada tapak kaki.
  • Elak mabuk semasa perjalanan : minum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
  • Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya : minum air suam dan sedikit garam.
  • Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi. 

Petua berdasarkan kajian
  • Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
  • Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
  • Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
  • Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
  • Menambah imuniti badan akibat perubahan udara. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Friday, 7 June 2013

15 Tip Memilih Kasut


Kita tidak sepatutnya berkira soal membeli sepasang kasut yang berkualiti, kerana pemilihan kasut yang tidak sesuai dengan struktur kaki boleh menyebabkan cedera, dan menghidap beberapa penyakit lain. Memang tak dapat dinafikan lagi kasut berkualiti tinggi pasti dijual dengan harga yang agak mahal tetapi, tidak semestinya semua kasut yang mahal itu bagus. Antara tip yang dapat dikongsikan:
  1. Pemilihan kasut yang selesa, saiz yang tepat dan dengan sokongan yang baik pernting bagi membantu tulang kaki berada dalam kedudukan lurus ketika berjalan serta menjaga postur badan.
  2. Pemakaian kasut yang diperbuat daripada kulit merupakan pilihan terbaik kerana keserasiannya dengan lelaki.
  3.  Pilih kasut yang punyai ruang luas di hadapan, bersifat anjal, tidak terlalu lembut hingga boleh dilipat dan turut mempunyai pelapik.
  4. Pastikan kaki masuk dengan elok dan muat. Jangan beli kasut dengan harapan ia akan muat selepas beberapa kali memakainya. 
  5. Minta bantuan jurujual kasut supaya mengukur panjang serta keluasan kedua-dua belah kaki anda sebelum membeli kasut.
  6. Kasut perlu sesuai dengan tumit dan juga jari kaki anda, periksa dengan teliti agar tumit anda tidak terkeluar dari bahagian belakang kasut tersebut.
  7. Elakkan membeli kasut dengan hanya berdasarkan saiz tanpa mencubanya terlebih dahulu, saiz kasut untuk sesuatu jenama mungkin berlainan.
  8. Sebelum membeli cuba berjalan dengan memakai kasut tersebut bagi memastikan keserasian pada kaki anda.
  9. Kasut yang berat bermakna memberi lebih beban pada kaki anda.
  10. Beli kasut pada waktu petang.
  11. Pilih kasut dengan sokongan belakang bagi menyediakan hayunan kaki yang selamat ketika bergerak.
  12. Pastikan bahan yang digunakan untuk menghasilkan kasut tersebut adalah lembut kerana ia dapat mengurangkan tekanan pada pemakainya manakala bahan yang keras menyebabkan kelepuhan.
  13. Memilih kasut yang mempunyai ruang jari kaki yang dalam dan luas, ia dapat membantu mengelakkan jari bergesel atau jari lebih senang bergerak.
  14. Untuk bahagian outsole, pilih material yang kuat, tahan lasak, fleksibel dan boleh menyerap kesan perjalanan. Ia juga harus tidak licin dari material kulit atau PVC.
  15. Untuk bahagian insole, pastikan anatomi lapiknya dibentuk hampir sama dengan bentuk kaki yang anda miliki. Seeloknya yang boleh ditanggal dan ditambah padding.
Itu sahaja, selamat mencuba

Thursday, 18 April 2013

Bagaimana Tubuh Kita Berfungsi

  • Malam (9pm – 11pm): Masa untuk menyahkan toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang relaks seperti mendengar muzik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
  • Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
  • Tengah malam (1am – 3am): Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
  • Tengah malam (3am – 5am): Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
  • Awal pagi (5am – 7am): Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
  • Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
  • Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

Friday, 23 November 2012

6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

Saturday, 8 September 2012

Mengapa Perlu Vitamin C??

Vitamin C dpt meningkatkan sistem imun
bina sel darah merah untuk penyerapan zat besi dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. ia juga mengurangkan gejala sinus, alergik kulit atau asthma serta membentuk kolagen.

Khasiat Vitamin C dpt menjaga keanjalan kulit atau  mengelak kulit dr kendur dan otot menjadi tegang. Kulit menjadi kelihatan lebih cantik, ia dpt mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menghalang pigmen dari terbentuk, pigmen adalah penyebab utama kepada jeragat. Kpd yg sentiasa mengambil jumlah vitamin c secukupnya mesti mmpunyai kulit yg lebih muda berbanding mereka yg tidak mengamalkannya.

Ia juga memperbaiki simptom pendarahan
gusi berdarah, lebam di kulit atau luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan vitamin C. Walaupun ia sekadar buah limau, tetapi kandungan vitamin C nya mmpu utk memerangi kanser kuasa antioksida yang terdapat dalam formula bioflavonoid mampu melawan sel-sel kanser dan menyingkir kimia merbahaya dari badan.
Selain dr mengurangkan insomnia dan mmbantu mengurangkan masalah mental atau kersahan, ia juga dpt mengekalkan dan mengurangkan kolestrol, menurunkan tekanan darah, elak hidung berdarah dll.
Dengan pengambilan jumlah Vitamin C yg secukupnya dpt menjamin kita utk kehidupan yg lebih sihat pada masa yg akan dtg, insyaAllah. Walaubgaimana pun, kita harus sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan segala wabak penyakit dn sebagainya. 

Wednesday, 5 September 2012

Organ Badan Hanya Pada Bhg Tapak Kaki Kita

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat  jantung adalah di kaki kiri.

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa. Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

Subhanallah
" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

Monday, 30 July 2012

Kelebihan Kurma


KURMA atau dalam bahasa Arabnya tamar mengandungi khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% dimana kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula jadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga akan diserap oleh tubuh serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Semua umat Islam disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. 

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Selain dari vitamin A dan C, ia juga mengandungi zat galian lain dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah sumber mujarab. Walaupun susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi ianya hanya dalam kuantiti yang sedikit.
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pencuci mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-ratanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Tuesday, 29 May 2012

Kesan Buruk Jika Duduk Atas Dompet

Assalamualaikum, kali ni sy ada satu lagi tips untuk kurangkan hidup yang berisiko untuk mendapat penyakit. Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunalah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu atau menghadiri kuliah lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang. Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat dan pelajar. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang. Bagi saya, taksalah kalau kita cuba keluarkan dompet kita itu dan letak di atas meja atau di dalam beg untuk sementara. Kepada individu tidak kira lelaki atau perempuan yang suka menggunakan dompet di belakang seluar itu sebagai tempat menyimpan dompetnya, bolehlah mencuba letak dompet di poket depan seluar pula kalau anda rasa anda sayangi diri anda. selamat mencuba – Informasi Dot My

Sunday, 27 May 2012

Makan Ikut Cara Rasulullah

Tak salah jika kita tak ikut cara pemakanan seperti ini, tapi kalau kita buat sudah tentu ganjaran yang dijanjikan kepada kita. Bukan sahaja dapat pahala malah hidup akan bertambah sihat hari demi hari. di bawah terdapat beberapa cara pemakanan Rasulullah SAW:

1. Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dulu kemudian barulah makan nasi.
2. Tidur 1 jam selepas makan tengahari.
3. Jangan makan malam terlalu lewat. Latihkan diri untuk makan malam sebelum maghrib.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam?
5. Jangan Makan kombinasi makan seperti dibawah ini ;
  • Jangan makan SUSU + DAGING
  • Jangan makan DAGING + IKAN
  • Jangan makan IKAN + SUSU
  • Jangan makan AYAM + SUSU
  • Jangan makan IKAN + TELUR
  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU + CUKA
  • Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion- jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Islam menyarankan kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. Berikut ini beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan :-

* Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Mungkin perkara yang disenaraikan seringkali anda lihat dan biasa sangat kita dengar. Tapi kalau setakat dengar dan tahu saja tapi tidak diamalkan apalah gunanya. Orang kate "Ilmu yang tak diamal seperti pokok tak berbuah" pikir-pikirkan lah ea. Assalamualaikum 

Friday, 13 April 2012

Kelebihan Daun Pandan

Daun pandan sering digunakan dalam masakan, ia digunakan untuk perasa, pewarna dan menambahkan aroma yang wangi serta menyelerakan masakan tersebut. Selain hebat penggunaanya dalam menyediakan hidangan, pandan juga mempunyai kelebihan dalam mengubati beberapa penyakit, antaranya ;
  • Masalah lemah saraf juga dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun pandan. Caranya adalah dengan mengambil 3 helai daun pandan yang kemudiannya dipotong kecil-kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi tersisa sebanyak 2 gelas. Minumlah ramuan ini sebanyak 1 gelas pada waktu pagi dan malam.
  • Bagi mengatasi masalah angin dalam badan, ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. Rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari.
  • Daun pandan juga dikatakan mampu merawat perasaan gelisah. Caranya ialah dengan mengmbil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum dua atau tiga kali sehari.
  • Selain itu, daun pandan juga dikatakan mampu digunakan tujuan merawat penyakit demam campak, gonorrhea, sifilis, denggi dan anemia.  
Memandangkan pandan juga tidak kurang pentingnya dalam kehidupan seharian kita, lebihkanlah pengambilan makanan yang mengandungi ekstrak pandan seperti yang kita tahu digunakan dalam pembuatan  roti, kek, biskut dan kuih muih. Moga hidup bertambah sihat selepas ini, insyaAllah ;)